Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) - Pioneer in providing the most updated Malaysia's Gold Price

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) is where you can find the live price of gold and silver in Ringgit Malaysia (RM). Our technology updates gold and silver price according to the international spot price every minute, 24 hours a day, 5 days a week enables our customers to choose when is the best time they should take the buying position.

The price of gold and silver in Malaysia vary according to the seller's background. There are Maybank Gold Account and Public Bank Gold Account which offer their customers the benefit from the appreciation of gold price. There are also bullion traders like Public Gold, UOB, and others which sell physical gold and silver. Gold for investment are among the product that we offer apart from Kijang Emas coins, Canadian Maple Leaf, PAMP Suisse, Australian Nuggets, US Eagle, American Buffalo, and others. Nubex is the authorized distributor of Perth Mint and Emirates Gold in Malaysia. You can check our gold and silver prices at
www.nubex.com.my . We also buy gold bullion, gold jewelery, and silver bullion at a very attractive price. Check out our price now at www.nubex.com.my/webuy.php

Saturday, February 18, 2012

Nubex, Rakan Ideal Anda Dalam Perniagaan Emas


Kita telah membincangkan mengenai Mengapa Perlu Berniaga Emas, dan Ciri-ciri Peniaga Emas yang Berjaya. Perniagaan ini memang menguntungkan tetapi tidaklah  semudah digambarkan sesetengah pihak. Ia bukan skim cepat kaya, dan orang yang menjual emas, tidak semestinya orang itu berada. Contoh, lihatlah kami. Semuanya ala-kadar selagi pelanggan selesa dengan keadaan di pejabat. Kalau ada duit, siapa yang tidak mahu ada pejabat di KLCC. Walaubagaimanapun, seperti juga mana-mana perniagaan, tidak semua orang serasi dengan keadaan perniagaan tersebut. Saranan kami ialah, buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Apapun yang dilakukan setengah hati sahaja, perkara tersebut tidak akan bertahan lama. 

Syarat Peniaga Emas Berjaya


 
Salam,
Kembali kita dari perkongsian artikel yang lepas.

Perkara yang perlu diambil kira dalam perancangan menjadi peniaga emas yang berjaya:
1) Menentukan harga jualan. 
Tiada syarat yang jelas di mana-mana untuk menentukan harga sebenar emas fizikal. Selagi pelanggan anda selesa dengan harga yang ditawarkan, maka jual beli dapat dilakukan dengan sempurna. Tetapi elok juga untuk anda mengetahui serba sedikit harga emas yang berada di pasaran sekarang ini dari sumber2 utama untuk dijadikan panduan meletakkan harga anda.