Harga emas turun sebanyak RM4 dan perak sebanyak RM0.20 malam tadi. Faktor-faktor yang menyebabkan penurunan ini adalah berikut:
1) Krisis ekonomi Eropah yang semakin teruk menyebabkan semua pelabur beralih kepada dollar US.
2) Kegiatan penjualan emas/perak secara haram di China. Kerajaan Cina mengambil ridnakan untuk meninggikan kadar had untuk transaksi jual beli emas di bursa mereka. Faktor ini telah menyebabkan penyusutan permintaan terhadap emas dan perak di negara itu seterusnya mencetuskan kebimbangan.
3) Permintaan emas/perak di India terus merudum. Pasaran emas perhiasan di India pada ketika ini tidak begitu memberangsangkan berikutan kejatuhan mata wang rupee yang menyebabkan harga emas perhiasan menjadi mahal dan tidak menarik untuk dibeli.
(Artikel sepenuhnya ada di sini)
Walaupun begitu, konsep sebenar pemilikan emas dan perak bukanlah atas dasar untuk mendapatkan keuntungan ataupun lebih berat duit kertas semata-mata. Simpanan emas/perak adalah kerana ia adalah duit sebenar (The REAL Money). Duit kertas akan SENTIASA hilang nilainya saban masa kerana terus-terusan dicetak tanpa sandaran. Persepsi bahawa mata wang kertas sesuatu negara adalah penyelamat hanyalah persepsi yang sementara. Ini yang berlaku sekarang. Emas dan perak akan sentiasa turun naik berbanding mata wang kertas, hakikatnya Emas adalah Emas, Perak adalah Perak, Kertas ialah Kertas! Sekiranya anda yakin dengan kertas, mengapa tidak kepada Emas dan Perak?
Nah! Inilah masanya untuk menambahkan harta sebenar kita. Setiap kali kejatuhan nilai emas dan perak berbanding kertas adalah peluang kita untuk membeli dengan diskaun yang hebat! Jangan lepaskan peluang ini, kerana ianya mungkin tidak berlarutan.
Dalam pada itu, jangan lupa tentang strategi pembelian yang telah kita bincangkan dahulu.
Selamat Membeli!
malaysia gold price, investment of gold, gold for investment


