Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) - Pioneer in providing the most updated Malaysia's Gold Price

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) is where you can find the live price of gold and silver in Ringgit Malaysia (RM). Our technology updates gold and silver price according to the international spot price every minute, 24 hours a day, 5 days a week enables our customers to choose when is the best time they should take the buying position.

The price of gold and silver in Malaysia vary according to the seller's background. There are Maybank Gold Account and Public Bank Gold Account which offer their customers the benefit from the appreciation of gold price. There are also bullion traders like Public Gold, UOB, and others which sell physical gold and silver. Gold for investment are among the product that we offer apart from Kijang Emas coins, Canadian Maple Leaf, PAMP Suisse, Australian Nuggets, US Eagle, American Buffalo, and others. Nubex is the authorized distributor of Perth Mint and Emirates Gold in Malaysia. You can check our gold and silver prices at
www.nubex.com.my . We also buy gold bullion, gold jewelery, and silver bullion at a very attractive price. Check out our price now at www.nubex.com.my/webuy.php

Wednesday, December 7, 2011

Kenapa Masih X Faham 2?

Salam,


Kami telah menerima banyak respon yang positif mahupun negatif mengenai tajuk ini. Sekurang-kurangnya, ada yang berterima kasih kerana telah berkongsi sesuatu yang tidak dikongsikan oleh si agen syarikat pemberi mus"hibah" itu.


Iyelah, tutuplah rezeki diorang untuk dapat sekurang-kurangnya 1.5% sebulan!! Apa??? Diorang pun dapat? Ya betul tu, bukan sahaja duit anda disonglap terlebih dahulu dan kemudian konon-kononnya diberi passive income, sebenarnya sebahagian dari duit anda didermakan kepada si agen sehingga 18% setahun kerana kejayaan mereka merendahkan tahap pemikiran anda. Syabas kepada yang terkena.


Apapun ingat, tiada jalan singkat untuk berjaya. Kalau ada yang rasa itu semua calculated risk, saya rasa calculator anda rosak. Jangan jadi bodoh dengan pulangan yang tidak setimpal risiko dengan yang teramat besar.


Pernah berlaku, syarikat yang sama modus operandinya, ditutup, sama ada secara sengaja atau secara paksa oleh Bank Negara. Apa jadi pada mereka yang baru sahaja enroll program yang ditawarkan. Apa yang mereka dapat? Membeli harga emas yang tinggi premiumnya (rujuk post sebelum ini), tiada hibah bulanan (syarikat dah tutup), kerugian besar kerana jual di kedai emas (berbanding dengan janji mereka untuk membeli pada harga jualan), dan air mata....



Takpela tu, mari kita pergi ke pelajaran seterusnya: Spread.


Ada bagusnya kalau kita tahu apa maksud "Spread". Sekiranya anda membeli emas pada RM 100/gram, dan terus menjualnya semula PADA MASA YANG SAMA (jangan tanya saya kenapa lepas beli terus nak jual) pada harga RM90/gram, SPREAD Jualan dan Belian ialah? (100-90)/100X100 = 10%.

Kenapa spread ini penting? Ini adalah untuk mengukur berapa peratuskah kenaikan harga emas yang anda perlu tunggu sebelum pelaburan/pembelian anda memberi pulangan modal (breakeven). Dalam kes ini, anda perlu menunggu kenaikan harga emas 10% sebelum anda mendapat semula modal awal yang dilaburkan.

Untuk illustrasi, sila lihat gambarajah di bawah ini:




Mari kita perhatikan contoh dari kiri ke kanan. "X" dan "Y" yang merah, adalah contoh Spread Jualan/Belian yang tidak disyorkan, manakala yang hijau adalah yang terbaik. Contoh yang tidak baik:

1) Terlalu tinggi (25%);


2) Walaupun spreadnya nampak macam bagus (5%) namun kebergantungan terhadap syarikat tersebut sangat tinggi (bahasa pasarnya "Janganlah kompeni ni lingkup");


3) 0% spread a.k.a. Capital Guarantee. Kalau ada syarikat yang bagi Capital Guarantee, itu adalah kemuncak kepada ciri-ciri yang anda akan "terkena"!

Jadi apa Spread yang bagus? Tengok la yang hijau tu. Spread tidak lari atau berada di sekitar Spot Price. Harga yang dijual beli berada tidak jauh dari persekitaran harga Spot memungkinkan anda untuk mendapat deal yang terbaik di pasaran. Jelas bukan?


Jadi, 2 perkara yang telah kita bincangkan setakat ini, adalah amat penting untuk diketahui umum supaya berhati-hati sewaktu memilih portfolio simpanan emas anda.







Untuk faedah semua, kita sorot semula ciri-ciri mereka yang akan mengambil kesempatan di atas ketidaktahuan atau ignorance anda mengenai emas dan anda berpotensi untuk ditipu sekiranya anda tidak membaca thread ini.


1) Mereka akan menggunakan rujukan harga institusi bank Malaysia (Ar Rahnu), Kedai Emas, atau persatuan "halusinasi" mereka (Hint: Persatuan ini tak ada orang tahu);

2) Menawarkan harga jualan yang lebih rendah berbanding dengan harga-harga di atas tetapi hakikatnya jauh lebih tinggi dari harga Spot. Menunjukkan yang mereka sebenarnya sangat "bertimbang rasa";


3) Menjanjikan pemberian hibah, diskaun, dividend, passive income setiap bulan secara tetap kepada anda;


4) Capital Guarantee... Kalau anda beli RM22,000, mereka akan bayar balik hampir sama, walaupun pada waktu itu, harga jatuh dengan teruk sekalipun.


5) Dan yang paling orang MELAYU suka, HALAL aka Syariah APPROVED. Bila depa buka je kata yang ni halal, berebut orang kita masuk. Kesiankan kita? Eh, tak terlintas ke dekat akal, aku pi beli beras dekat kedai runcit, takde pula tokey tu kata transaksi tu halal, dapat cop syariah approve ke. Jadi mestilah ada sesuatu yang sangat buruk yang syarikat seperti ini sedang lakukan, sehingga terpaksa menutupnya dengan sijil Syariah Appoved.


Bak kata Dr Asri di Minda Tajdid, yang patut ada di Malaysia ni ialah tanda atau tag "Haram" bukannya tanda "Halal". Kenapa? Kerana Malaysia adalah negara majoriti Muslim, jadi kenapa perlu label halal; kerana yang halal sepatutnya lebih banyak dari yang haram. Lainlah sekiranya kita tinggal di negara minoriti Muslim, barulah logik ada tanda Halal.


Setakat ini diharapkan artikel ke 2 dalam siri "Kenapa Masih Tak Reti???" akan menambahkan lagi pengetahuan anda di dalam memilih syarikat terbaik dengan tawaran yang baik kepada anda.

Jangan risau, walaupun syarikat itu tidak menayangkan sijil "syariah approve" sekalipun, anda sendiri tahu, ianya tidak diperlukan.

Insha-allah kita akan sambung diskusi ini ke pelajaran seterusnya iaitu: Saiz!... Size Does Matter, bak kata orang putih....


malaysia gold price, investment of gold, gold for investment