SETAPAK, 30 Disember - Hujan renyai-renyai bermula petang tadi tidak mematahkan semangat juang 4 pasukan untuk turun ke gelanggang futsal Sek Men Teknik Setapak malam tadi. Team Nubex yang diketuai oleh Saudara Bakhtiar berkata cuaca hujan tidak akan melunturkan semangat pasukannya kerana latihan yang dilakukan sepanjang 2 bulan lalu telah dilakukan dengan insentif. Pasukan Amal Titiwangsa telah menghantar 2 pasukan (A dan B) dan pasukan Pemuda Wangsa Maju pula menghantar 1 pasukan (Junior Setapak). Jurucakap penganjur, En Abdul Azim Awi berkata pertandingan persahabatan ini dianjurkan selepas mendapat permintaan di kalangan pemuda-pemuda di bahagian Wangsa Maju dan Titiwangsa untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai "dunia perniagaan emas" bersama peniaga emas bumiputera berpengalaman, Nubex, di samping mengadakan aktiviti yang sihat bersama mereka. Beliau berkata, kepekaan pemuda-pemuda alaf baru mengenai permasalahan ekonomi dunia dan tempatan semakin meningkat dan melihat keperluan menyimpan emas sebagai alternatif pelaburan/simpanan yang selamat. Keputusan malam tadi menyaksikan Pasukan Amal Titiwangsa A mengungguli kejuaraan dengan menewaskan Team Nubex pada perlawanan akhir dengan keputusan 5-2. Hadiah telah disampaikan oleh CFO Nubex, merangkap ketua Pasukan Team Nubex, Saudara Bakhtiar.-Tidak Bernama
malaysia gold price, investment of gold, gold for investment
