
Pada mulanya, memang dilihat agak suram harapan kami untuk melihat hasil wawancara kami bersama wartawan MIDI dikeluarkan. Mana tidaknya, sepanjang masa perbualan, kelihatan bibit-bibit keliru dengan penerangan kami. Mungkin disebabkan cara percakapan, ataupun mungkin terlampau banyak informasi yang hendak disalurkan, sehingga wartawan kelihatan "overwhelm" dengan info yang diberi. Menyedari hakikat itu, maka beberapa artikel yang telah keluar di majalah I pada satu ketika dulu, juga beberapa tulisan kami yang akan dimuatkan di Harian Metro telah diberi. Hasinya, lihatlah dan bacalah sendiri di Majalah MIDI keluaran 15 Disember 2011.

Majalah ini adalah khusus untuk wanita yang berumur sekitar 40 an (sudah bergelar, ibu, mempunyai anak remaja, berkarier, etc). Kami tidak berhasrat untuk menulis semula apa yang telah mereka muatkan di dalam majalah ini berkenaan emas, tetapi ia adalah kesinambungan dari banyak perkara yang telah kami kongsi di blog@nubex, mahupun di komuniti forum (www.nubex.zendesk.com). Tambahan pula, banyak komentar, fakta, dan juga persoalan yang telah dimuatkan di dalam 16 muka surat eksklusif sisipan bonus majalah Midi kali ini dari pakar dan juga daripada Pusat Zakat. Dapatkan naskhah anda sekarang! (Iklan sikit untuk MIDI!)
malaysia gold price, investment of gold, gold for investment