Hari Sabtu yang lepas, kami telah melakukan satu transaksi bersama pelanggan yang telah membeli dengan agak besar jumlahnya dan bayaran dengan tunai. Disebabkan jumlah yang besar, kami telah bersetuju untuk menyimpan tunai berkenaan di bank dan bukan di safe deposit box. Lagipun ia akan digunakan untuk membeli produk baru pada hari Isnin nanti (semalam). Jadi bank mana yang buka hari Sabtu? Dan di mana? Rupanya di KLCC bank2 besar beroperasi sehingga pukul 5.30 petang.
Jadi teruja dengan perkhidmatan yang diberikan ini, kami telah pergi ke KLCC dan berurusan dengan Bank M. Orang memang sangat ramai dan rasanya dekat 20 minit juga beratur untuk mengambil nombor sahaja. Setelah puas melihat telatah pengunjung di KLCC sambil2 menunggu giliran kami tiba, alangkah terkejutnya apabila diberitahu bahawa mereka tidak mengambil deposit yang besar pada hari Sabtu, dan apabila ianya daripada syarikat. Pulak! Baru kami perasan ada tertulis di atas kaunter mengambil no tersebut "Hanya Akaun Persendirian, Tidak Melebihi RM 25,000". hmmm....
Jadi, mau tidak mau, terpaksa pergi ke bank lain. Bank C pula on the other hand, menerima deposit tersebut, tetapi memang tidak disangka2, kami dikenakan caj kerana mendeposit duit tunai menerusi kaunter. Ye lah, takkan nak masukkan ke mesin? Dahlah dengan pelbagai masalah mesin ni pun, tambah lagi dengan isu keselamatan. Apa yang telah diterangkan oleh kerani bank tersebut ialah, mereka sebenarnya sekarang ini tidak menggalakkan menerima wang tunai dari pelanggan. Mereka lebih suka transfer interbank sahaja! Jadi disebabkan perkara tersebut, maka kami dicaj!
Eh, bukan ke kamu suka orang masukkan duit? Boleh buat loan, fractional reserve, meet quota deposit, etc?
Inilah bank, menindas disetiap sudut. Setiap satu keping, dicaj 1sen! Cukup 30,000 keping, dah balik modal beli mesin kira duit tu. Dalam pada kita semua memerlukan bank dalam setiap sudut kehidupan, mereka mengambil peluang untuk perah kita selagi boleh. Bila lah sistem bank ni nak berhenti? Rasa macam tak sanggup pun ada. Hakikatnya, selagi ada duit kertas, selagi tu lah, bank ada. Selagi ada bank, selagi tu lah kita di perkotak katikkan. Bank, jangan sampai kami tak nak guna perkhidmatan kamu lagi!

malaysia gold price, investment of gold, gold for investment