Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) - Pioneer in providing the most updated Malaysia's Gold Price

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) is where you can find the live price of gold and silver in Ringgit Malaysia (RM). Our technology updates gold and silver price according to the international spot price every minute, 24 hours a day, 5 days a week enables our customers to choose when is the best time they should take the buying position.

The price of gold and silver in Malaysia vary according to the seller's background. There are Maybank Gold Account and Public Bank Gold Account which offer their customers the benefit from the appreciation of gold price. There are also bullion traders like Public Gold, UOB, and others which sell physical gold and silver. Gold for investment are among the product that we offer apart from Kijang Emas coins, Canadian Maple Leaf, PAMP Suisse, Australian Nuggets, US Eagle, American Buffalo, and others. Nubex is the authorized distributor of Perth Mint and Emirates Gold in Malaysia. You can check our gold and silver prices at
www.nubex.com.my . We also buy gold bullion, gold jewelery, and silver bullion at a very attractive price. Check out our price now at www.nubex.com.my/webuy.php

Tuesday, December 13, 2011

Strategi Pembelian - Cost Averaging!

Wah!!! Harga jatuh berdebuk malam tadi, hampir habis barang di Nubex dikerjakan! BAGUS!! Kepada yang telah mengambil posisi masing-masing, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak berpeluang, jangan risau, setiap masa adalah masa yang sesuai untuk membeli. Selagi mana duit kertas (RM atau US Dollar) di gunakan dan relevan, selagi itu harga komoditi, emas dan perak akan terus naik. Lambat atau cepat bergantung kepada keadaan.


Apa yang penting anda perlu mengikut "investment profile" anda, bermaksud, kalau plan untuk long term, jangan menggelabah tengok graf setiap hari. Sebulan sekali dah cukup. Kalau ada masalah mengenai kecairan dan perlu liquidity segera, tapi tak mahu hilang posisi emas anda, bolehlah pajak ke mana2 ar rahnu. Jadi bila ada duit, pergilah tebus semula kerana kalau dibiarkan, liabiliti anda bertambah kerana upah simpan adalah mahal (14% atas pinjaman setahun).



Walaupun begitu, masih ramai mengharap harga emas tak akan jatuh, dan selamanya naik... ini tidak logik sama sekali. Harga emas sebenarnya tidak wujud sebelum kedatangan wang kertas, ia diukur dari sudut berapa banyak komoditi lain (beras, gula, etc) atau perkhidmatan (gunting rambut, etc) yang boleh didapati. Namun disebabkan kestabilan emas sebagai matawang pada ketika itu, berat dan kuantiti yang sama diperolehi sepanjang masa. Adakah wujud kenaikan harga pada waktu itu? Mungkin ada, tetapi tidak signifikan. Namun begitu, setelah terciptanya wang kertas, terutama selepas berakhirnya era Bretton Woods pada 1971, emas dan perak dikategorikan sebagai komoditi yang bergantung kepada kekuatan nilai wang kertas. Hakikatnya, wang kertas semakin lemah dan tidak pernah kuat. Lihat graf di bawah:

Nilai matawang besar dunia semuanya jatuh semenjak 100 tahun dahulu dan terus menjunam. Contoh dapat dilihat sewaktu berlakunya Hyperinflation di Germany pada 1922 di mana harga untuk kayu api adalah lebih mahal berbanding dengan duit kertas yang banyak dalam simpanan. Dan apa yang sedang berlaku di Zimbabwe, membeli sebuku roti berharga multi million dollar Zimbabwe! Carilah kalau tak percaya. Jadi, kalau anda menyimpan emas kerana duit kertas semata2, percayalah, kertas tidak akan dapat membantu dan fokus anda akan hilang. Simpanan emas adalah untuk selamanya. Mereka yang telah hilang posisi emas/perak mereka perlu cepat bertindak untuk mendapatkan posisi anda semula.

Strategi pembelian adalah penting juga. Dalam apa jua keadaan, praktis untuk membeli sedikit-sedikit adalah yang terbaik berbanding dengan sekaligus. Ini akan memberikan anda faedah "Cost-Averaging" untuk keseluruhan posisi anda. Sebagai contoh, kos berikut telah dibeli oleh pembeli "A": RM 175.60, RM 174.40, RM 172.30, RM 180.90, RM 178.80, RM 181.02, RM 177, dan RM 179.90. Kos pembelian ialah Jumlah keseluruhan dibahagi dengan jumlah transaksi (8 kali). Jadi purata pembelian A ialah: RM 177.49. Itulah bagusnya Nubex, anda boleh berbuat transaksi di atas di mana2, pada bila2 masa dan hanya beberapa klik sahaja. Ambillah kesempatan atas sistem ini, kerana ia adalah untuk anda, Pelanggan Nubex.

Bagaimana kami tahu ini yang terbaik? Sejujurnya di Nubex, kami juga adalah pembeli seperti anda!

Happy Shopping! :)

malaysia gold price, investment of gold, gold for investment