Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri (kartika@hmetro.com.my)
Terus Komited di Harian Metro Online
NUBEX Sdn Bhd, syarikat Bumiputera mengetengahkan amalan pembelian jongkong emas atau perak berpandukan harga semasa dunia komited meluaskan perkhidmatannya dalam dan luar negara berikutan berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat, Russia, Timur Tengah dan Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersamanya, Nur Hilmy Ahmad berkata, Nubex sebenarnya menyediakan transaksi pembelian dan penjualan berpandukan harga semasa emas dan perak dunia.
Katanya, Nubex juga melihat pasaran emas dan perak bulion akan terus diberikan perhatian oleh pelabur serta pembeli dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Nubex ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2009 selepas berkecimpung dalam komoditi ini selama 16 tahun sekali gus mengetengahkan sistem operasi secara dalam talian.
“Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma* dan sedia membeli semula dengan harga yang tinggi,” katanya. Hilmy berkata, Nubex adalah pelopor di pasaran tempatan yang mengemas kini harga pasaran sebenar emas dan perak setiap minit berdasarkan harga pasaran emas dan perak antarabangsa. Ia dipaparkan secara percuma kepada individu di laman web www.nubex.com.my.
Beliau berkata, tahun depan pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu pengurusan penyimpanan menerusi khidmat Custodian (penjaga) yang dilantik oleh pelanggan untuk membolehkan khidmat pembelian dan penjualan dapat dilakukan dengan kadar segera.
“Khidmat Custodian ini dijangka dimulakan pada suku ketiga 2012 dan kami berusaha mempelbagaikan produk emas dan perak berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan selain menyediakan platform menjual produk sesama sendiri (pelanggan Nubex),” katanya.
*Untuk kuantiti tertentu, perlindungan insurans tidak termasuk (Nota tambahan Nubex)
malaysia gold price, investment of gold, gold for investment
