Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) - Pioneer in providing the most updated Malaysia's Gold Price

Nusantara Bullion Exchange (NUBEX) is where you can find the live price of gold and silver in Ringgit Malaysia (RM). Our technology updates gold and silver price according to the international spot price every minute, 24 hours a day, 5 days a week enables our customers to choose when is the best time they should take the buying position.

The price of gold and silver in Malaysia vary according to the seller's background. There are Maybank Gold Account and Public Bank Gold Account which offer their customers the benefit from the appreciation of gold price. There are also bullion traders like Public Gold, UOB, and others which sell physical gold and silver. Gold for investment are among the product that we offer apart from Kijang Emas coins, Canadian Maple Leaf, PAMP Suisse, Australian Nuggets, US Eagle, American Buffalo, and others. Nubex is the authorized distributor of Perth Mint and Emirates Gold in Malaysia. You can check our gold and silver prices at
www.nubex.com.my . We also buy gold bullion, gold jewelery, and silver bullion at a very attractive price. Check out our price now at www.nubex.com.my/webuy.php

Monday, January 16, 2012

Bai Isti’na (Manufacturing Contract) Dalam Urusniaga Emas dan Perak


Bai Isti’na (Manufacturing Contract) Dalam Urusniaga Emas dan Perak
oleh Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Corporate Legal Advisor, Nubex Sdn Bhd

Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat beberapa keputusan yang intipatinya merumuskan penangguhan penyerahan emas setelah wang dibayar adalah menyebabkan berlakunya unsur riba.

Fatwa yang dikeluarkan amat benar jika emas dianggap sebagai matawang sebagaimana yang dituntut dalam Shariah. Namun dalam sudut perundangan global hari ini, emas di anggap sebagai komoditi. Bersandarkan kedudukan emas sebagai komoditi maka kontrak Bai’ Isti’na (Manufacturing Contract) membolehkan penyerahan emas di serahkan selepas ianya selesai di kilangkan sebagai end product sekalipun wang telah dibayar oleh pembeli kepada penjual.


Penjual terpaksa menunggu pengilang menyiapkan barangan akhirnya iaitu emas sepertimana yang telah ditempah pembeli yang telah membayar harga penuh. Dalam keadaan ini pembeli mesti dimaklumkan dan mesti Redha (bersetuju) menunggu mengikut tempoh munasabah yang ditetapkan.

Jika pembeli tidak bersetuju menunggu maka kontrak Bai Isti’na tidak berkuatkuasa dan penjual tidak perlu menjual kepada pembeli manakala pembeli tidak perlu membayar kepada penjual harga belian.

Manakala sekiranya pembeli setuju membeli dengan membayar harga penuh dan juga bersetuju menunggu hingga pengilang menyiapkan tempahannya yang akan dihantar oleh pengilang kepada penjual yang seterusnya menyerahkannya kepada pembeli maka kontrak Bai Isti’na adalah termeterai.

Sekiranya bila genap tempoh untuk menyerahkan barangan tersebut tetapi pengilang masih lagi belum dapat menyiapkannya atas sebab-sebab yang munasabah maka penjual boleh bertanya kepada pembeli tentang samada pembeli sanggup menunggu atau tidak dengan ini membolehkan samada kontrak tetap diteruskan atau dibatalkan. Dalam situasi pembatalan, maka harga asal belian iatu pada tarikh pembayaran dibuat akan dipulangkan oleh penjual.

Pembeli pula tidaklah boleh mengambil kesempatan membatalkan sebarang tempahan tanpa sebab-sebab yang munasabah dan jika ianya berlaku penjual berhak mengenakan satu bentuk penalti dengan kadar yang munasabah sebagai deteren supaya masa perniagaan penjual tidak dibazirkan begitu sahaja.

Sebagai ingatan, sepertimana yang ditegas diawal artikel ini tadi jika tertegaknya Shariah di mana mana negara sepertimana yang sepatutnya dalam Islam maka Emas dan Perak adalah matawang dan bila ianya di anggap matawang maka prinsip-prinsip logam tersebut sebagai matawang adalah terpakai di mana penukarannya dengan wang kertas mestilah di satu majlis yang sama.

Walau bagaimanapun keadaan sedemikian masih lagi belum berlaku di mana mana-mana negara pada hari ini dengan skala yang sepatutnya kerana tiada satu pun negara yang mengamalkan Shariah sepenuhnya (emas dan perak sebagai matawang) pada hari ini.

Akhir sekali, untuk mengeluarkan Fatwa ianya bukan satu perkara yang mudah dan untuk mengetahui bagaimanakah proses asas Fatwa di keluarkan, sila rujuk Crucial Issues In Islamic Banking & Finance, Malaysian Business, May 1, 2009.

Safar 1433 Hijrah