Sukacita dimaklumkan bahawa sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2012, pejabat Nubex Sdn Bhd akan ditutup pada 23 - 24 Januari 2012 (2 hari). Walaupun begitu, semua urusan pengambilan dan penghantaran pesanan anda, akan hanya dapat diproses pada 30/1/2012. Segala urusan pengambilan pesanan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 20/1/2012. Urusan pesanan menerusi web akan dibuka sepanjang musim perayaan seperti biasa.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan pelanggan-pelanggan Nubex berbangsa Cina khususnya. Semoga Tahun Baru kali ini akan memberikan permulaan yang baik untuk anda semua. Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk menyediakan "angpau" untuk yang tersayang, masih belum terlambat untuk membuat pesanan "Lunar Dragon Perth Mint (1/20oz dan 1/10 oz)" dan produk yang lain! Kami akan pastikan ia berada di pintu rumah anda sebelum Tahun Baru Cina ini.
Selamat Tahun Baru Cina!
